Kami juga ada menawarkan program- program untuk pelajar IPTA dan juga pelajar sekolah . Gambar yang anda lihat dibawah ialah salah satu daripada program yang telah kami tawarkan kepada orang ramai . SELAMAT MENCUBA :)
Wednesday, August 14, 2013
ORANG ( PEOPLE )
White water rafting sesuai untuk remaja dan orang dewasa . Orang yang suka melakukan aktiviti lasak , perlu lah mencuba merasai pengalaman ini , kerana aktiviti ini sangat ekstrem dan mencabar . Selain itu , white water rafting turut menjadi tumpuan para pelancongan di Malaysia . Oleh itu , cuba lah sendiri merasai white water rafting :)
PERKONGSIAN ( PARTNERSHIP )
Pihak yang terlibat dalam perkhidmatan kami ialah Tourism Malaysia dan Travel Agency . Dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Travel Agency , ia boleh menarik minat para pelancong tidak kira dalam atau luar negara untuk datang ke Malaysia dan mencuba perkhidmatan kami . Selain itu , ia juga dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan dapat memajukan industri pelancongan Malaysia dimata dunia .
TEMPAT ( PLACE )
White water rafting biasanya dilakukan di tempat- tempat yang ekstrem seperti air terjun , kerana air terjun adalah tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini . Selain itu , anda boleh juga menikmati keindahan alam semulajadi serta anda dapat merasai pengalaman yang sangat berharga ini .
PERALATAN
Peralatan dan kelengkapan yang digunakan dalam arung jeram dibezakan mengikut keperluan kumpulan dan masa mengharungi sungai, iaitu sebagai berikut:
PERAHU GETAH (INFLATABLE RAFT)
Perahu getah (Inflatable Raft) merupakan keperluan sukan rekriasi arung jeram,ianya diperbuat dari bahan getahsintetik sedemikian rupa sehingga kuat tetapi tetap elastik. Hal ini bertujuan untuk menahan dari tercalar diantaraperlanggaran batu-batu sungai. Bentuk dan rancangan bahagian hadapan dan belakang dibuat menlengkung dan naik ke atas supaya air tidak mudah masuk dan mampu menjaga kestabilan perahu ketika melalui ombak besar. Biasanya perahu terdiri daripada beberapa bahagian tabung angin, hal ini dimaksudkan apabila salah satu tabung perahu bocor / pecah, maka untuk suatu masa tertentu perahu masih boleh terapung.
DAYUNG
Dayung sebagai alat kayuh pada sukan rekriasi arung jeram. Ianya diperbuat daripada fiberglass dan aluminium. Dayung yang digunakan oleh peserta, panjangnya adalahdiantara 4,5 - 6 kaki.
PAM ANGIN
Pam yang digunakan untuk mengisi tabung angin perahu harus sentiasa dibawa pada saat mengharungi sungai. Penyediaan pam mestilah ada untuk mengawal kandungan angin dalam perahu peserta.
TALI
Perahu getah mempunyai tali jenis karmantle sepanjang 40 meter yang digunakan sebagai: tumpuan kaki dan keselamatan
PETA SUNGAI
Digunakan pada sungai yang pertama kali dilalui oleh seseorang, selain itu seseorang itu boleh mengetahui keadaan sungai serta merancang perjalanan yang selamat untuk dilalui.
KELENGKAPAN PERIBADI
PELAMPUNG
Jenis pelampung yang baik untuk arung jeram adalah pelampung yang sesuai dengan saiz postur tubuh, ia mengandungi gabus tebal (boleh berfungsi sebagai penahan perlanggarandiantara benda keras). Untuk langkah berjaga-jaga menghadapi keadaan kecemasan, perlu dipertimbangkan mengenai penggunaan pelampung dengan tambahan di bahagian belakang kepala, agar kepala tetap terapung, apabila ketika tidak sedarkan diri.
PAKAIAN (LIFE JACKET)
Pakaian yang sesuai untuk aktivitiberarung jeram adalah pakaian yang membolehkan kita sentiasa selesa dalam melakukan pergerakan.
ALAS KAKI
Untuk melindungi kaki dari terluka, gunakan jenis kasut yang boleh melindungi keseluruhan kaki, tetapi pergelangan kaki masih boleh bergerak bebas, termasuklah memudahkan seseorang itu untuk berenang.
HELM (PELINDUNG KEPALA)
Mengharungi sungai berjeram dengan susunan batu yang tidak teraturan atau sungai dengan lavel kesukaran yang tinggi, pelindung kepala wajib digunakan. Tujuannya untuk melindungi kepala daripada bertembungan dengan benda keras. Helm yang baik juga mestilah ringan, tahan air dan tidak mengganggu pandangan ataupunpergerakan.
PAKEJ ( PACKAGE )
Kepada anda yang mencari pakej water rafting selangor bagi 2013 boleh dapatkan maklumatnya di sini -
- semua peralatan white water rafting seperti helmet, pendayung (paddle), pfd (life vest)
- jurumudi / river guide
- group first aid kit
- snek dan minuman ketika di sungai
- makan tengahari
- kegunaan fasiliti di basecamp
HARGA ( PRICE )
1. Sungai Itek / Sungai Kampar di Gopeng Perak
Rate: RM 130.00 setiap orang sekurang-kurangnya 4 orang
RM 150.00 setiap orang 2 hingga 3 orang
2. Sungai Sedim, Kedah
Rate: RM 130.00 setiap orang sekurang-kurangnya 4 orang
RM 150.00 setiap orang 2 hingga 3 orang
3. Sungai Selangor di Kuala Kubu
Rate: RM 220.00 setiap orang sekurang-kurangnya 4 orang
RM 240.00 setiap orang 2 hingga 3 orang
Rate: RM 130.00 setiap orang sekurang-kurangnya 4 orang
RM 150.00 setiap orang 2 hingga 3 orang
2. Sungai Sedim, Kedah
Rate: RM 130.00 setiap orang sekurang-kurangnya 4 orang
RM 150.00 setiap orang 2 hingga 3 orang
3. Sungai Selangor di Kuala Kubu
Rate: RM 220.00 setiap orang sekurang-kurangnya 4 orang
RM 240.00 setiap orang 2 hingga 3 orang
AKTIVITI WHITE WATER RAFTING DI MALAYSIA
Antara lokasi rafting di Malaysia ialah :
White Water Rafting @ Kampar River (Gopeng, Perak)
White Water Rafting @ Padas River (Sabah, Borneo)
White Water Rafting @ Kiulu River (Sabah, Borneo)
White Water Rafting @ Liwagu River (Sabah, Borneo)
White Water Rafting @ Slim River (Perak)
White Water Rafting @ Jeram Besu, Pahang
HARGA PAKEJ
Minima 5 pax
Harga seorang RM180.00
Harga seorang RM180.00
Pakej ini dijalankan setiap hari termasuk cuti umum tetapi tempahan awal perlu dibuat.
Tempat adalah terhad jadi siapa cepat dia dapat (terutamanya untuk rafting pada hari Sabtu).
Pembayaran penuh perlu dibuat sebelum tarikh akhir/penutup untuk membuat bayaran yang akan diberikan nanti. Selalunya 1 minggu sebelum tarikh aktiviti. Sekiranya pembayaran tidak diterima oleh pihak kami maka tempahan anda akan auto-cancel dengan sendirinya dan sekiranya masih ingin datang maka perlu membuat tempahan baru.
PROMOSI ( PROMOTION )
Kami mempromosi kan perkhidmatan kami di dalam blog . Selain itu juga , kami juga ada membuat pengiklanan dan memberi risalah tentang perkhidmatan aktiviti white water rafting yang kami tawarkan . Oleh itu , jika anda berminat untuk mencuba aktiviti ini , boleh lah menghubungi kami di 09-5443678 ( aina ) .
PRODUK ( PRODUCT )
Kami menawarkan perkhidmatan untuk aktiviti white water rafting . Sebagai contoh kami akan membawa anda merasai pengalaman - pengalaman yang ekstrem serta menguji minda dan fizikal anda . Aktiviti ini dianggap sangat ekstrem kerana ia menguji tahap kecergasan anda . Selain itu jika anda lihat pada gambar dibawah , terdapat banyak lagi contoh aktiviti white water rafting yang anda boleh cuba . Kami pasti anda akan berpuas hati jika anda memilih perkhidmatan kami . Oleh itu , anda perlu merasai pengalaman yang sangat berharga ini .
PENGENALAN
"... Elemen yang pertama dan yang paling penting dalam selamat berakit merupakan pengiktirafan had anda dalam kemahiran dan pengalaman .Memberi perhatian untuk belajar apa yang anda tidak boleh menjalankan adalah lebih penting daripada pembelajaran apa yang anda boleh . Sungai helah yang banyak; belajar dengan berhati-hati ... " (Raymond Bridge).
Arung jeram adalah suatu aktiviti pengarungan bahagian alur sungai yang berjeram dengan menggunakan peralatan tertentu. Antara peralatan yang digunakan ialah perahu getah, kayak, kano dan dayung. Tujuan melakukan aktiviti arung jeram boleh dilihat dari sisi sukan, rekreasi dan ekspedisi.Jadi dengan demikian kita boleh definisikan bahawa aktiviti Arung Jeram (White Water Rafting) merupakan aktiviti mengharungi sungai berjeram, Arung jeram sebagai sukanberkumpulan, ianya sangat bergantung pada suatu pasukan secara keseluruhan. Kerja sama yang padu dan kebolehan mengemudi perahu boleh dikatakan sebagai faktor utama yang menyokong kejayaan melalui pelbagai halangan di sungai. Tidak dapat dibafikan bahawa Arung Jeram merupakan sukan rekriasi yang penuh risiko (high risk sport). Namun demikian, setiap orang mampu melakukannya ,asalkan dia dalam keadaan baik dari segi pemahaman teknikal, kemampuan mental dan fizikal. Jadi, arung jeram adalah sukan rekriasi yang menuntut kepada kemahiran. Untuk itu ianya sangat memerlukan masa untuk berkembang. Perkembangan ke arah mencapai kemampuan yang efektif, hanya mungkin apabila mempelajari sifat-sifat sungai, serta bersedia melatih diri di tempat itu, mengembangkan pengetahuan mengenai sifat-sifat sungai, berlatih mendayung, berkayuh di sungai. Implikasinya boleh mengembangkan kemampuan fizikal, agar mencapai dalam keadaan yang maksimum.
Hal lain yang patut diingat, adalah berlatih cara-cara menghadapi keadaan kecemasan di sungai. Hal ini penting untuk melatih kesediaan, kemampuan dan kepercayaan diri, apabilamenghadapinya. Tema makalah ini memperkenalkan selok-belok yang asas dari sukan rekriasi arung jeram dengan mengkhususkan penggunaan perahu getah dan peralatannya. Selain itu seseorang dapat mempelajari keadaan sungai dan teknikal arung jeram serta menghadapi keadaan apabila berlakunya kecemasan.
Subscribe to:
Posts (Atom)