Wednesday, August 14, 2013

PENGENALAN

"... Elemen yang pertama dan yang paling penting dalam selamat berakit merupakan pengiktirafan had anda dalam kemahiran dan pengalaman .Memberi perhatian untuk belajar apa yang anda tidak boleh menjalankan adalah lebih penting daripada pembelajaran apa yang anda boleh . Sungai helah yang banyak; belajar dengan berhati-hati ... " (Raymond Bridge).
Arung jeram adalah suatu aktiviti pengarungan bahagian alur sungai yang berjeram dengan menggunakan peralatan tertentu. Antara peralatan yang digunakan ialah perahu getah, kayak, kano dan dayung. Tujuan melakukan aktiviti arung jeram boleh dilihat dari sisi sukan, rekreasi dan ekspedisi.Jadi dengan demikian kita boleh definisikan bahawa aktiviti Arung Jeram (White Water Rafting) merupakan aktiviti mengharungi sungai berjeram, Arung jeram sebagai sukanberkumpulan, ianya sangat bergantung pada suatu  pasukan secara keseluruhan. Kerja sama yang padu dan kebolehan mengemudi perahu  boleh dikatakan sebagai faktor utama yang menyokong kejayaan melalui pelbagai halangan di sungai. Tidak  dapat dibafikan bahawa Arung Jeram merupakan sukan rekriasi yang penuh risiko (high risk sport). Namun demikian, setiap orang mampu melakukannya ,asalkan dia dalam keadaan baik dari segi pemahaman teknikal, kemampuan mental dan fizikal. Jadi, arung jeram adalah sukan rekriasi yang menuntut kepada kemahiran. Untuk itu ianya sangat memerlukan masa untuk berkembang. Perkembangan ke arah mencapai kemampuan yang efektif, hanya mungkin apabila mempelajari sifat-sifat sungai, serta bersedia melatih diri di tempat itu, mengembangkan pengetahuan mengenai sifat-sifat sungai,  berlatih mendayung, berkayuh di sungai. Implikasinya boleh mengembangkan kemampuan fizikal, agar mencapai dalam keadaan yang maksimum.
Hal lain yang patut diingat, adalah berlatih cara-cara menghadapi keadaan kecemasan di sungai. Hal ini penting untuk melatih kesediaan, kemampuan dan kepercayaan diri, apabilamenghadapinya. Tema makalah ini memperkenalkan selok-belok yang asas dari sukan rekriasi arung jeram dengan mengkhususkan penggunaan  perahu getah dan peralatannya. Selain itu seseorang dapat mempelajari keadaan sungai dan teknikal arung jeram serta menghadapi keadaan apabila berlakunya kecemasan.

No comments:

Post a Comment