PERALATAN
Peralatan dan kelengkapan yang digunakan dalam arung jeram dibezakan mengikut keperluan kumpulan dan masa mengharungi sungai, iaitu sebagai berikut:
PERAHU GETAH (INFLATABLE RAFT)
Perahu getah (Inflatable Raft) merupakan keperluan sukan rekriasi arung jeram,ianya diperbuat dari bahan getahsintetik sedemikian rupa sehingga kuat tetapi tetap elastik. Hal ini bertujuan untuk menahan dari tercalar diantaraperlanggaran batu-batu sungai. Bentuk dan rancangan bahagian hadapan dan belakang dibuat menlengkung dan naik ke atas supaya air tidak mudah masuk dan mampu menjaga kestabilan perahu ketika melalui ombak besar. Biasanya perahu terdiri daripada beberapa bahagian tabung angin, hal ini dimaksudkan apabila salah satu tabung perahu bocor / pecah, maka untuk suatu masa tertentu perahu masih boleh terapung.
DAYUNG
Dayung sebagai alat kayuh pada sukan rekriasi arung jeram. Ianya diperbuat daripada fiberglass dan aluminium. Dayung yang digunakan oleh peserta, panjangnya adalahdiantara 4,5 - 6 kaki.
PAM ANGIN
Pam yang digunakan untuk mengisi tabung angin perahu harus sentiasa dibawa pada saat mengharungi sungai. Penyediaan pam mestilah ada untuk mengawal kandungan angin dalam perahu peserta.
TALI
Perahu getah mempunyai tali jenis karmantle sepanjang 40 meter yang digunakan sebagai: tumpuan kaki dan keselamatan
PETA SUNGAI
Digunakan pada sungai yang pertama kali dilalui oleh seseorang, selain itu seseorang itu boleh mengetahui keadaan sungai serta merancang perjalanan yang selamat untuk dilalui.
KELENGKAPAN PERIBADI
PELAMPUNG
Jenis pelampung yang baik untuk arung jeram adalah pelampung yang sesuai dengan saiz postur tubuh, ia mengandungi gabus tebal (boleh berfungsi sebagai penahan perlanggarandiantara benda keras). Untuk langkah berjaga-jaga menghadapi keadaan kecemasan, perlu dipertimbangkan mengenai penggunaan pelampung dengan tambahan di bahagian belakang kepala, agar kepala tetap terapung, apabila ketika tidak sedarkan diri.
PAKAIAN (LIFE JACKET)
Pakaian yang sesuai untuk aktivitiberarung jeram adalah pakaian yang membolehkan kita sentiasa selesa dalam melakukan pergerakan.
ALAS KAKI
Untuk melindungi kaki dari terluka, gunakan jenis kasut yang boleh melindungi keseluruhan kaki, tetapi pergelangan kaki masih boleh bergerak bebas, termasuklah memudahkan seseorang itu untuk berenang.
HELM (PELINDUNG KEPALA)
Mengharungi sungai berjeram dengan susunan batu yang tidak teraturan atau sungai dengan lavel kesukaran yang tinggi, pelindung kepala wajib digunakan. Tujuannya untuk melindungi kepala daripada bertembungan dengan benda keras. Helm yang baik juga mestilah ringan, tahan air dan tidak mengganggu pandangan ataupunpergerakan.
No comments:
Post a Comment